Tuesday 1 November 2011

Jumlah surah dan pembahagian kalimah ( perkataan ) dalam al-Quran

Assalamualaikum semua..
Bismillah..alhamdulillah bertemu kembali kita di ruangan yang serba daif ini.Hari ini saya ingin berkongsi ilmu yang seceput ini untuk kawan-kawan,JUMLAH SURAH DAN PEMBAHAGIAN PERKATAAN DALAM AL-QURAN.Semoga ia bermanfaat untuk kita bersama INSYAALLAH..


Ulama’ berselisih pendapat mengenai jumlah surah yang terdapat dalam al-Quran :

( 1 ) Jumhur Ulama’ mengatakan bahawa al-Quran mempumyai 114 surah

( 2 ) Sebahagian Ulama’ pula mengatakan bahawa al-Quran mempunyai 113 surah ( yakni menggabungkan surah al-Anfal dengan surah at-Taubah kerana tiada basmalah antara keduanya )

Kalimah atau perkataan yang terdapat di dalam al-Quran terbahagi kepada tiga bahagian :

Bahagian pertama : - اسم Yang bermaksud “ kata nama ”
Bahagian kedua : - فعل Yang bermaksud “ kata kerja ”
Bahagian ketiga : - حرف Yang bermaksud “ kata sendi ”

Penjelasan satu persatu kalimah akan dihuraikan posting kemudian insyaAllah..Doakan agar dipermudahkan ye..

Saturday 22 October 2011

Salam ukhuwah fillah

Assalamualaikum..
Pertama dan selamanya jom kita sama-sama panjatkan sejuta kesyukuran atas nikmat-Nya yang tak terhingga, lebih-lebih lagi nikmat iman dan islam.Selawat dan salam kepada penghulu sekalian makhluk sayyidina Muhammad, ahli baitnya serta para sahabatnya.

Saya buka blog ini dengan lafaz bismillah..InsyaAllah saya cuba belajar berkongsi ilmu dengan kawan-kawan di luar sana.Semoga ia bermanfaat.Salam ukhuwah..:)