Tuesday 1 November 2011

Jumlah surah dan pembahagian kalimah ( perkataan ) dalam al-Quran

Assalamualaikum semua..
Bismillah..alhamdulillah bertemu kembali kita di ruangan yang serba daif ini.Hari ini saya ingin berkongsi ilmu yang seceput ini untuk kawan-kawan,JUMLAH SURAH DAN PEMBAHAGIAN PERKATAAN DALAM AL-QURAN.Semoga ia bermanfaat untuk kita bersama INSYAALLAH..


Ulama’ berselisih pendapat mengenai jumlah surah yang terdapat dalam al-Quran :

( 1 ) Jumhur Ulama’ mengatakan bahawa al-Quran mempumyai 114 surah

( 2 ) Sebahagian Ulama’ pula mengatakan bahawa al-Quran mempunyai 113 surah ( yakni menggabungkan surah al-Anfal dengan surah at-Taubah kerana tiada basmalah antara keduanya )

Kalimah atau perkataan yang terdapat di dalam al-Quran terbahagi kepada tiga bahagian :

Bahagian pertama : - اسم Yang bermaksud “ kata nama ”
Bahagian kedua : - فعل Yang bermaksud “ kata kerja ”
Bahagian ketiga : - حرف Yang bermaksud “ kata sendi ”

Penjelasan satu persatu kalimah akan dihuraikan posting kemudian insyaAllah..Doakan agar dipermudahkan ye..

No comments:

Post a Comment